Balkans: Ceritera

**Ini bukan sambungan travelog Bosnia 2013 tu**

Plan asal sebenarnya adalah untuk balik Malaysia dengan trans-Siberia, all the way from London to KL. Route was finalised, GBP50 booking fee dengan travel agent pun dah bayar – tapi atas beberapa sebab dan kemudian pula peristiwa MH17 ditembak jatuh tu buat saya decide untuk on hold dulu plan tu. It just didn’t seem right. So lepas dah cancelled booking (oh dan dapat refund GBp40) – saya retrieved file Balkans trip yang dah berkepam lama dalam Dropbox. Plan masih jalan darat keliling Balkans dengan destination point ialah Kosovo – cuma tukar starting point dari London je.

The finalised route was:

London – Paris – Budapest – Belgrade – Nis – Skopje – KOSOVO – Podgorica – Mostar – Sarajevo – Zagreb – Munich – Paris – London.

Saya cuma booked train tickets untuk London – Paris, Paris – Budapest, Zagreb – Munich, Munich – Paris dan Paris – London sebab tiket untuk legs ni dia macam plane tickets – beli lebih awal, lebih murah. Harga tiket keretapi di Eastern Europe pula fixed, so untuk legs Budapest ke Zagreb tu saya decide untuk beli on the day of travel saja nanti, flexible kononnya.

Apa yang saya terlupa buat adalah untuk double check entry requirement untuk setiap negara yang disinggahi. Heh. Novice mistake – I know. Seingat saya, dulu dah pernah check – tapi mungkin terlupa lah tu agaknya. Lagi dengan ini last minute tukar plan kan. Nasib kau lah labu…

I only found out that I needed a visa to enter Serbia when I was already on the train to Belgrade. Ada fellow traveller tanya di mana saya apply Serbian visa, so saya macam pelik lah. Panik gila lepas google dan ter-blank kejap tak tau nak buat apa. Mulanya fikir nak terus je pergi Belgrade dan cuba nasib. Tapi it was an 8-hour train ride, jam 9pm sampai Belgrade – potensi tidur di train station tak ada hala tuju tu memang tinggi. Tak mau ambil risiko, saya turun di Soltvadkert, sebuah pekan kecil di pinggir Hungary dan naik the next train back to Budapest.

Di Budapest, stucked pula 2 malam for silly reason – internet dekat hostel sucks gila susah nak replan route baru. But yeah – sekurang-kurangnya dapat juga lah try Hungarian cuisine. The first time I was here in 2008 – jujur cakap, tak suka langsung tempat ni.

Oh, ermm… scratch that. Tau juga lah hungarian cuisine ni macam agak colourful juga. Ingat lagi masa tengok stall yang ada macam-macam lauk tu, berdiri sangat lama di situ – sebab menelan air liur! Haha, they looked sooo good – tapi ye lah, since semua ada meat, tak dapat try so saya makan se-slice vegetarian pizza saja. Sob, sob.

Yeah – okay, so, I ended up with this route:

London – Paris – Munich – Budapest – Vienna – Milan – Bari – Durres – Berat – Tirana – Pristina, Kosovo – Prizren, Kosovo – Peja, Kosovo – Podgorica – Kotor – Mostar – Sarajevo – Zagreb – Munich – Paris – London.

Dari Budapest, sebab tak mahu/tak dapat/tak boleh (pick one!) masuk Serbia – saya terpaksa patah balik ke Vienna (feeling-feeling macam “Before Sunrise”, lol) – kemudian dari Vienna ke Milan dan Bari untuk naik feri ke Durres, Albania. So instead of fully overland route, I cheated a bit dengan naik ferry.

Sekarang ni tengah try untuk siapkan blog post untuk Albania. In the meantime, these are some random photos I took from London to Bari. 🙂

Hasta entonces.

Bosnia & Herzegovina: Day trip to Dubrovnik, Croatia

Kalau ikut plan asal, kami singgah di Mostar cuma untuk 2 malam, dan kemudian akan ke Travnik. Tapi lepas discuss dengan N, alang-alang di Mostar, kitaorang decide untuk extend dan buat day trip ke Dubrovnik, Croatia.

Croatia, dibandingkan dengan Bosnia Herzegovina, matawang di sana lebih mahal. Jadi untuk lebih jimat, kami beli roti dan jem dan smoked beef dari kedai runcit pakcik kat bawah hostel ni, sebagai bekalan lunch di Dubrovnik nanti.

18 May 2013

Saya dan N tiba di stesen bas tepat jam 8 pagi, bas ke Dubrovnik dah sedia untuk bertolak. Nasib baik adik manis receptionist tu suruh driver tunggu kejap. Tiket return dah tak ingat lah berapa, tapi rasanya dalam BAM30. (Tiket hari tu masih simpan, tapi tulisan dah tak terang, lol!)

Pemandangan dalam perjalanan ke Dubrovnik

Pemandangan dalam perjalanan ke Dubrovnik

Perjalanan dari Mostar ke Dubrovnik lebih kurang 3 jam dengan bas, termasuk stop untuk immigration. Bas berhenti di check-point, dan akan ada official naik untuk kutip passport setiap penumpang. Ingatan saya, immigration check agak straight forward dan pantas – kecuali passport saya dan N yang paling lambat dikembalikan, lewat sedikit dari yang lain. Mungkin sebab kami Asian, jadi officials di sana kena double check samada kami perlu visa ke tidak untuk masuk Croatia.

Central bus station, Dubrovnik

Central bus station, Dubrovnik

Kami sampai di stesen bas Dubrovnik dalam jam 11 pagi, walaupun belum tengah hari tapi panasnya hanya Tuhan saja yang tahu, macam matahari tu betul-betul atas kepala. Dari stesen bas, ada je bas untuk ke city centre dan Old Town. Tapi sebab tengok ramai yang jalan kaki sebaik keluar dari stesen bas, so ingatkan dekat je~ tapi sebenarnya jauh dik non. Emo juga lah masa tu, sebabnya dah lah kena migraine tiba-tiba sebab cuaca panas sangat, jauh lagi tu nak kena jalan kaki. Ada sejam lebih juga lah baru sampai Old Town, kalau dari stesen bas, belok kanan, jalan straightttttt je sampai dekat central area rasanya, dan kalau malas nak bertanya orang arah ke Old Town, sila tunduk dan lihatlah petunjuk arah di atas pedestrian sidewalk. Eceh.

1800m, 22 mins. Ceh~

1800m, 22 mins. Ceh~

Gambar ni selepas dalam nak dekat setengah jam juga jalan kaki dari stesen bas tadi tu. Lepas dah sampai kat area yang ramai orang, dah tak tau nak jalan arah mana dah, saya approached seorang lelaki rock nak tanya jalan, dia boleh sengih kat aku sambil kata: “look down”. Ceit. Tapi nak sampai ke Grad Old Town tu ambil masa dekat sejam setengah juga lah, termasuk snap-snap gambar berselfie bagai.

Cuma walaupun Old Town sangat cantik, masalahnya… kawasan Old Town sangat crowded dengan tourists so semua benda mahal gila nak mampos. Aiskrim cone 2 scoop tu pun 35HRN = RM20. Tapi kalau  beli ice cream kena hati-hati sebab ada flavour yang ada alcohol. Saya nasib baik masa tu sebab aiskrim seller tu tak bagi saya pilih certain flavour sebab katanya “no good for you”.

Sebab migraine makin memuncak pada masa ni, last-last saya duduk atas tangga sebelah bell tower sementara N habis round Old Town. N ada cerita, masa dia pusing-pusing sorang-sorang sampai sesat kat mana tah, ada lelaki Croatian ni invite dia untuk ehem.. ehem.. Dengar N cerita, saya gelak gila sampai kepala rasa nak pecah. Entah kat mana dia pergi sampai boleh jumpa orang macam tu. Kata lelaki tu, ini first time dia jumpa orang Malaysia. Apa dia ingat dia Barney Stinson ke apa? Lol.

(Gambar Dubrovnik memang tak banyak sebab tak sihat masa tu, diserang migraine sebab ter-trigger cuaca panas. Di Mostar cuaca agak windy dan kadang-kadang hujan rintik-rintik, itu yang ter-weather shock tu).

Rasanya kami cuma spent max 4 jam di Old Town, Dubrovnik. Nak balik tu terpaksa tukar duit Kuna lagi sebab saya dah tak mampu nak jalan kaki. Minimum tukar ialah 5EUR so dapatlah lebih kurang 35KN. Bus fare per person dari Old Town pula ialah 12KN, dan sebagai souvenir, kami masing-masing beli sekeping fridge magnet berharga 17KN.

++

As promised, this is a video of our guide telling us a brief story about Počitelj, BiH.

Enjoy.